Monday, February 28, 2011

TINTA PENGASUH


Pengarang :
Afifah Hj. Omar

Penerbit :

Jahabersa

Tahun Terbitan :
2003

Mukasurat :
211, Paperback

Harga : RM 12.90

Sinopsis :
Wanita mempunyai tugas yang mulia dan penting diamanahkan kepadanya oleh Allah swt, iaitu melahirkan anak dan menjadi ibu. Seorang lelaki tidak dapat mengambilalih tugas paling mulia itu. Ibulah yang menyusukan anak dengan air susunya, menjaganya, membesarkan anak itu sehingga tetap akan meninggalkan kesan yang mendalam ke atas jiwa anak itu sepanjang hayatnya. Wanita juga merupakan permaisuri rumahtangga dan sudah menjadi tugasnya untuk memberi perhatian kepada keluarganya dan menyediakan rumahnya itu sebagai tempat kebahagiaan dan ketenangan. Ciri-ciri, tugas dan hak-hak yang telah diperuntukkan Allah kepada wanita ini adalah seimbang dengan tugas-tugas mereka terhadap suami dan anak-anak. Tugas ini mestilah diberi keutamaan mengatasi lain-lain tanggungjawab kerana ianya perlu bagi kestabilan keluarga yang merupakan asas masyarakat dan punca ke arah kesatuan, kekuatan dan keberkesanan.