Monday, February 28, 2011

SUNNAH NABI KEDUDUKANNYA DALAM PERUNDANGAN ISLAM


Pengarang :
Dr. Abbas Mutawalli Hammadiah

Penerbit :
Jahabersa

Tahun Terbitan :
2001

Mukasurat :
330, Paperback

Harga : RM 18.90

Sinopsis :

Apabila kita mengkaji ayat-ayat Al-Quran yang menunjukkan kedudukan sunnah sebagai dalil, kita akan menemui beberapa ayat yang berbeza-beza dan bertebaran pada beberapa surah dalam Al-Quran, di samping ada beberapa ayat yang berdekatan dan hampir bersama dalam satu surah. Seperti dalam surah an-Nur ada beberapa ayat yang menunjukkan kewajipan taat kepada Rasulullah SAW, sebagaimana ada juga beberapa ayat yang menunjukkkan kedudukan sunnah sebagai dalil yang disajikan dengan salah satu dari dua katagori tadi. Iaitu wajib taat kepada Rasul. Ayat-ayat yang banyak itu disajikan dengan gaya ungkapan (susunan) yang sama. Iaitu, dengan bentuk cerita tentang para rasul terdahulu. Dan dalam surah asy-Syu'ara, Al-Quran menyajikan kisah-kisah para rasul itu dengan gaya yang menarik dan mempesonakan.