Friday, February 25, 2011

444 PERINGATAN UNTUK UMAT ISLAM


Pengarang :
Haji Ismail Abdullah

Penerbit :
Jahabersa

Tahun Terbitan :
2000

Mukasurat :
322, Paperback

Harga : RM 17.90

Sinopsis :
Manusia itu sifatnya lalai dan sering alpa. Justeru itu, manusia harus sentiasa diperingatkan. Ingatlah diri anda selalu dengan membaca buku "444 Peringatan Untuk Umat Muhammmad S.A.W. " ini kerana ia mengandungi pelbagai hadith dan riwayat yang dapat mengingatkan anda tentang hakikat kehidupan di dunia yang sementara ini dan kehidupan akhirat yang kekal abadi. Anda mungkin tergolong di kalangan mereka yang tidak ada masa untuk menghadiri kuliah-kuliah agama yang memakan masa berjam-jam lamanya. Namun, ia bukan alasan untuk anda tidak memperingatkan diri anda. Justeru itu, sewajarnya anda memiliki buku ini dan bacalah peringatan-peringatan yang terkandung di dalamnya, walaupun sekadar satu hadith sehari. Kebanyakan peringatan di dalam buku ini yang merupakan kata-kata penuh berkat yang keluar dari mulut Rasulullah S.A.W. sendiri pasti akan meninggalkan kesan pada hati anda, Insya-Allah.