Friday, February 25, 2011

KONSEP ASAS AL-QURAN


Pengarang :
Harun Yahya

Penerbit :
Jahabersa

Tahun Terbitan :
2005

Mukasurat :
292, Paperback

Harga : RM 25.90

Sinopsis :

Ketika membaca Al-Qur'an, kita sering menemui pelbagai konsep yang menjadi lumrah kehidupan harian. Konsep ini adalah kunci untuk memahami AL-Qur'an. Antara konsep-konsep tersebut ialah kebijaksanaan, sabar, setia ,ingkar dan rahmat Allah. Malangnya, sebahagian besar konsep yang disebutkan di atas digunakan dengan erti yang jauh berbeza dalam kehidupan harian manusia. Mereka yang benar-benar memahami konsep ini pasti akan segera menyedari betapa menyimpangnya konsep yang menjadi amalan sekarang. Inilah sebabnya mengapa pemahaman yang tepat berkenaan kandungan Al-Qur'an dan pengertian konsepnya yang benar amat penting. Di dalam buku yang ringkas ini, beberapa konsep yang sering ditemui di dalam Al-Qur'an akan dijelaskan di bawah sinaran ayat-ayat ini yang berkaitan. Kami juga berusaha untuk menerangkan makna yang tersirat serta membandingkannya dengan maksudnya yang umum dan khusus.