Sunday, February 27, 2011

PEMBINAAN SISTEM KEKELUARGAAN ISLAM


Pengarang :
Fadhilah Sarnap

Penerbit :
Jahabersa

Tahun Terbitan :
2001

Mukasurat :
408, Paperback

Harga : RM 24.90


Sinopsis :

Seringkali kita mendengar masyarakat manusia mengaitkan berbagai gejala kerosakan akhlak muda mudi dengan kegagalan sistem rumahtangga. Akibat daripada sistem kekeluargaan yang tidak teratur maka terhasil hubungan tegang di antara anak dan ibu bapa. Anak-anak menjadi liar dan tidak lagi mendengar kata nasihat daripada orang tuanya. Ataupun di dalam suasana yang lain ibu bapa tidak lagi menghiraukan pendidikan anak-anak sehingga menjadikan anak-anak terbiar dan membesar dengan berbagai permasalahan emosi. Akhirnya mereka menjadi liar dan berusaha mencari apa sahaja cara untuk mendapatkan ketenangan. Perkara seumpama ini tidak dapat diselesaikan kecuali melalui sebuah sistem rumahtangga yang teratur dan sistematik sebagaimana dianjurkan Islam. Tidak dapat dinafikan juga bahawa perlu di sana sebuah masyarakat yang teratur dengan undang-undang yang dapat mengawal anasir-anasir luar yang boleh mengugat perjalanannya yang sihat.