Friday, February 25, 2011

15 ASAS JATI DIRI MUSLIM CEMERLANG


Pengarang :
Dr. Azwira Abdul Aziz

Penerbit :
Jahabersa

Tahun Terbitan :
2006

Mukasurat :
188, Paperback

Harga : RM 10.00

Sinopsis :
Umat Islam masa kini memiliki pelbagai cabaran dan cabaran-cabaran ini kelihatan seolah-olah berjaya mengalahkan kebanyakan kita. Justeru apakah cara untuk kita mengatasi cabaran-cabaran ini? Kebanyakan orang memilih cara sama ada dengan menghapuskan cabaran tersebut atau melarikan diri daripadanya. Ini bukanlah cara yang betul, sekali gus tidak akan membuahkan kejayaan. Cara yang sebenar ialah mengukuhkan jati diri kita sebagai seorang muslim. Dengan jati diri yang kukuh, kita akan berjaya menghadapi apa jua cabaran dan sekali gus akan muncul sebagai muslim yang cemerlang di sebalik cabaran tersebut. Buku ini menggariskan 15 asas yang diperlukan oleh setiap muslim bagi membina jati diri mereka. Ini adalah sebuah buku yang mesti anda miliki, kaji dan praktikkan. Kami yakin ia akan menjadikan anda seorang muslim yang cemerlang dalam menghadapi pelbagai cabaran masa kini.