Monday, February 28, 2011

AL-MAR'ATUS SHALIHAH (WANITA SALEHAH)


Pengarang :
Muhd Qosim At-Timory

Penerbit :
Jahabersa

Tahun Terbitan :
2005


Mukasurat :
195, Paperback

Harga : RM 13.90

Sinopsis :
Risalah nasihat secara ringkas ini dipersembahkan kepada wanita-wanita Islam. Ia merupakan hadiah yang sangat bernilai bagi wanita supaya dapat membina satu kehidupan yang penuh berkat dan bahagia, sekiranya nasihat-nasihat yang berasal daripada al- Qur'an dan sunnah diamalkan sepenuhnya.

ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT


Pengarang :
Ustaz Abdullah Mustaqim

Penerbit :
Jahabersa

Tahun Terbitan :
2003

Mukasurat :
130, Paperback

Harga : RM 5.50

ALAM PARA MALAIKAT


Pengarang :
Badr Azimabadi

Penerbit :
Jahabersa

Tahun Terbitan :
2006

Mukasurat :
317, Paperback

Harga : RM 8.90

AJARILAH ANAK ANDA MENGENAL ALLAH & RASULNYA


Pengarang :
H Lukman Haqim

Penerbit :

Jahabersa

Tahun Terbitan :
2001

Mukasurat :
99, Paperback

Harga : RM 6.90

Sinopsis :
Pendidikan agama kepada kanak-kanak adalah satu perkara yang sangat penting dan tidak boleh dianggap ringan! Buku ini disusun untuk membantu ibu bapa dalam usaha mendidik serta menyemaikan ciri-ciri keimanan yang benar kepada anak-anak. Segala isi kandungan disusun dengan gaya bahasa yang mudah difahami serta teknik yang menarik dengan harapan menambahkan pengajaran yang berkesan ke dalam jiwa anak-anak.

ADAB-ADAB PENUNTUT ILMU


Pengarang :
Abu Abdullah Muhammad Bin Sa'id

Penerbit :

Jahabersa

Tahun Terbitan :
2003

Mukasurat :
144, Paperback

Harga : RM 8.90

Sinopsis :
Ilmu termasuk ibadah dan sesuatu yang boleh mendekatkan diri kepada Allah sw.t. Di dalam mencarinya apabila niatnya ikhlas, maka akan diterima dan mendapat berkat. Namun apabila niatnya ditujukan kepada selain Allah swt maka akan menghapus, melenyapkan dan mengurangkan kandungan nilainya.Bahkan tujuan-tujuan yang menyimpang tersebut akan menjadikan amal itu sia-sia.Ertinya tujuan tersebut melenyapkan dan menghilangkan nilai usahanya. Tidaklah sewajarnya belajar kerana mencari perkara-perkara yang bersifat duniawi seperti kepemimpinan, jawatan tinggi, harta, kemenangan dalam persaingan, penghormatan manusia kepadanya serta popularity dan sebagainya. Seorang penuntut hendaklah menggantikan perkara-perkara yang rendah tersebut dengan perkara-perkara yang lebih baik.

ADAB-ADAB DALAM ISLAM


Pengarang :
Rohawi Musannif

Penerbit :

Jahabersa

Tahun Terbitan :
2001

Mukasurat :
60, Paperback

Harga : RM 5.00

Sinopsis :
Nafsu manusia seringkali memberontak dan mahu menang di dalam setiap perjuangan hidup. Peradaban yang dianjurkan oleh Islam mengajar manusia supaya bersabar, berlemah lembut, insaf diri dan bertaqwa kepada Allah. Demikian juga manusia diseru supaya mengikuti perjalanan para rasul, nabi, tabiin dan salafussoleh yang memiliki disiplin diri yang terbaik. Tanpa adab-adab dan peraturan di dalam hidup, manusia mudah lalai dari mengingati Allah SWT. Mereka akan hanyut dibawa arus kejahilan dan kemaksiatan .

TINTA PENGASUH


Pengarang :
Afifah Hj. Omar

Penerbit :

Jahabersa

Tahun Terbitan :
2003

Mukasurat :
211, Paperback

Harga : RM 12.90

Sinopsis :
Wanita mempunyai tugas yang mulia dan penting diamanahkan kepadanya oleh Allah swt, iaitu melahirkan anak dan menjadi ibu. Seorang lelaki tidak dapat mengambilalih tugas paling mulia itu. Ibulah yang menyusukan anak dengan air susunya, menjaganya, membesarkan anak itu sehingga tetap akan meninggalkan kesan yang mendalam ke atas jiwa anak itu sepanjang hayatnya. Wanita juga merupakan permaisuri rumahtangga dan sudah menjadi tugasnya untuk memberi perhatian kepada keluarganya dan menyediakan rumahnya itu sebagai tempat kebahagiaan dan ketenangan. Ciri-ciri, tugas dan hak-hak yang telah diperuntukkan Allah kepada wanita ini adalah seimbang dengan tugas-tugas mereka terhadap suami dan anak-anak. Tugas ini mestilah diberi keutamaan mengatasi lain-lain tanggungjawab kerana ianya perlu bagi kestabilan keluarga yang merupakan asas masyarakat dan punca ke arah kesatuan, kekuatan dan keberkesanan.

(THE CHOICE) DIALOG ISLAM & KRISTIAN JILID 2


Pengarang :
Ahmad Deedat

Penerbit :

Jahabersa

Tahun Terbitan :
2002

Mukasurat :
292, Paperback

Harga : RM 17.90

Sinopsis :
Ustaz Ahmed Deedat adalah seorang ahli pidato yang terkemuka yang telah dikurniakan "Anugerah Antarabanga Raja Faisal Atas Sumbangan Kepada Islam" pada tahun 1985. Buku "Dialog Islam & Kristian" telah ditulis hasil dari dialog di antara beliau dengan beberapa orang paderi dan golongan awam Kristian. Ia adalah sebuah buku yang harus dimiliki oleh setiap individu yang sedang mencari kebenaran dan juga mereka yang sedang mempelajari perbandingan agama.

(THE CHOICE) DIALOG ISLAM & KRISTIAN


Pengarang :
Ahmad Deedat

Penerbit :

Jahabersa

Tahun Terbitan :
2002

Mukasurat :
256, Paperback

Harga : RM 15.90

Sinopsis :
Ustaz Ahmed Deedat adalah seorang ahli pidato yang terkemuka yang telah dikurniakan "Anugerah Antarabanga Raja Faisal Atas Sumbangan Kepada Islam" pada tahun 1985. Buku "Dialog Islam & Kristian" telah ditulis hasil dari dialog di antara beliau dengan beberapa orang paderi dan golongan awam Kristian. Ia adalah sebuah buku yang harus dimiliki oleh setiap individu yang sedang mencari kebenaran dan juga mereka yang sedang mempelajari perbandingan agama.

TAFSIR JUZ AMMA FADILAT & AMALANNYA


Pengarang :
Hasan Muhd Hj Al-Khair

Penerbit :

Jahabersa

Tahun Terbitan :
2005

Mukasurat :
285, Hardcover

Harga : RM 40.00

SUNNAH NABI KEDUDUKANNYA DALAM PERUNDANGAN ISLAM


Pengarang :
Dr. Abbas Mutawalli Hammadiah

Penerbit :
Jahabersa

Tahun Terbitan :
2001

Mukasurat :
330, Paperback

Harga : RM 18.90

Sinopsis :

Apabila kita mengkaji ayat-ayat Al-Quran yang menunjukkan kedudukan sunnah sebagai dalil, kita akan menemui beberapa ayat yang berbeza-beza dan bertebaran pada beberapa surah dalam Al-Quran, di samping ada beberapa ayat yang berdekatan dan hampir bersama dalam satu surah. Seperti dalam surah an-Nur ada beberapa ayat yang menunjukkan kewajipan taat kepada Rasulullah SAW, sebagaimana ada juga beberapa ayat yang menunjukkkan kedudukan sunnah sebagai dalil yang disajikan dengan salah satu dari dua katagori tadi. Iaitu wajib taat kepada Rasul. Ayat-ayat yang banyak itu disajikan dengan gaya ungkapan (susunan) yang sama. Iaitu, dengan bentuk cerita tentang para rasul terdahulu. Dan dalam surah asy-Syu'ara, Al-Quran menyajikan kisah-kisah para rasul itu dengan gaya yang menarik dan mempesonakan.

SIFAT 20 : ILMU TAUHID AWALUDDIN MA'RIFATULLAH


Pengarang :
Ustaz Salehuddin Al Jawiy

Penerbit :
Jahabersa

Tahun Terbitan :
2000

Mukasurat :
465, Paperback

Harga : RM 24.90

Sinopsis :

Sejak kewafatan Rasulullah s.a.w. lagi, telah lahir berbagai aliran fahaman (akidah) sehingga jika dihitung begitu banyak sekali. Tidak kurang banyaknya golongan yang terkeluar dari landasan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ini berlaku menepati dengan apa yang diterangkan dalam maksud Hadith Rasulullah s.a.w. : "Sesungguhnya akan berpecah umatku kepada 73 puak. Maka yang satu puak di syurga dan 72 lagi di neraka". Tanpa disedari atau tidak, ramai umat Islam yang turut terjebak ke dalam puak yang akan terjun ke neraka. Ini adalah berpunca dari kejahilan yang berleluasa. Ada setengahnya mengakui berpegang kepada Iktikad Ahli Sunnah Wal Jamaah tetapi langsung tidak mempelajarinya sungguh-sungguh menyebabkan segala tidakan, tutur kata, amalan keyakinan tidak menepati kehendak Ahli Sunnah Wal Jamaah. Insya-Allah, buku ini dapat sedikit sebanyak menyelesaikan masalah kejahilan umat Islamdalam memilih satu pegangan yang kukuh lagi selamat di dunia dan akhirat.

SEJARAH AGAMA YAHUDI & KITAB PERJANJIAN LAMA


Pengarang :
Mohd Fikri Che Hussain

Penerbit :
Jahabersa

Tahun Terbitan :
2005

Mukasurat :
149, Paperback

Harga : RM 15.00

Sinopsis :
Buku ini mengupas secara ringkas sejarah perkembangan agama Yahudi dan tujuan utama 'penjajahan' semula Yahudi di bumi rakyat Palestin sejak 1948 hingga kini. Usaha yang sedikit ini, Insya-Allah dapat membantu pelbagai pihak sama ada pelajar atau pengkaji untuk mengenali dengan lebih dekat lagi perihal bangsa Yahudi.

PERJUANGAN RASULULLAH SAW


Pengarang :
Ibrahim A. Rahman

Penerbit :
Jahabersa

Tahun Terbitan :
2003

Mukasurat :
309, Paperback

Harga : RM 16.90

Sinopsis :
Buku ini bertujuan untuk meneliti inti pati perjuangan Rasulullah SAW selama 23 tahun di bumi Arab yang pada mulanya berada dalam kegelapan jahiliah. Rasulullah SAW telah berjaya meruntuhkan berhala-berhala di sekitar Ka'abah dan mendaulatkan Islam di bumi tersebut. Kota Mekah ini telah menjadi punca mata air yang mengalirkan pancaran mata air tauhid bagi menghanyut segala sampah sarap jahiliah yang telah bertunjang lama dalam masyarakat dunia seluruhnya. Berhala-berhala yang telah dimusnahkan oleh Rasulullah SAW bukan sekadar berhala-berhala yang berbentuk patung-patung yang tidak bernyawa itu sahaja, tetapi berhala-berhala yang disembah oleh manusia jahiliah di masa itu meliputi segala bentuk berhala. Buku "Perjuangan Rasulullah SAW : Manhaj dan Bidayatul Hidayahnya" ini mencatatkan perjuangan Rasululah SAW dalam menghancurkan segala berhala-berhala itu.

Sunday, February 27, 2011

PEMBINAAN SISTEM KEKELUARGAAN ISLAM


Pengarang :
Fadhilah Sarnap

Penerbit :
Jahabersa

Tahun Terbitan :
2001

Mukasurat :
408, Paperback

Harga : RM 24.90


Sinopsis :

Seringkali kita mendengar masyarakat manusia mengaitkan berbagai gejala kerosakan akhlak muda mudi dengan kegagalan sistem rumahtangga. Akibat daripada sistem kekeluargaan yang tidak teratur maka terhasil hubungan tegang di antara anak dan ibu bapa. Anak-anak menjadi liar dan tidak lagi mendengar kata nasihat daripada orang tuanya. Ataupun di dalam suasana yang lain ibu bapa tidak lagi menghiraukan pendidikan anak-anak sehingga menjadikan anak-anak terbiar dan membesar dengan berbagai permasalahan emosi. Akhirnya mereka menjadi liar dan berusaha mencari apa sahaja cara untuk mendapatkan ketenangan. Perkara seumpama ini tidak dapat diselesaikan kecuali melalui sebuah sistem rumahtangga yang teratur dan sistematik sebagaimana dianjurkan Islam. Tidak dapat dinafikan juga bahawa perlu di sana sebuah masyarakat yang teratur dengan undang-undang yang dapat mengawal anasir-anasir luar yang boleh mengugat perjalanannya yang sihat.

MUKHTASAR RAHEEQ AL-MAKHTUM (SEJARAH HIDUP RASULULLAH SAW)


Pengarang :
Shafiyyurrahman Al-Mubarakfury

Penerbit :
Jahabersa

Mukasurat :
498, Paperback

Harga : RM 19.90


Friday, February 25, 2011

LAILATUL QADR : MALAM AL-QURAN


Pengarang :
Dr. Muhammad Sayyid Tantawi

Penerbit :
Jahabersa

Tahun Terbitan :
2001

Mukasurat :
261, Paperback

Harga : RM 15.90

Sinopsis :
Buku "Lailatul-Qadr : Malam Al-Qur'an" ini adalah himpunan pandangan, buah fikiran dan kupasan kritis menyentuh dari pelbagai persepsi khususnya berkait dengan al-Qur'an dan Lailatul Qadr. Kupasan secara kritikal dan ilmiah ini dihidangkan oleh tiga orang tokoh yang tidak asing lagi di dalam dunia Islam iaitu al-Syeikh Muhammad al-Ghazali(al-marhum), Dr Muhammad Sayyid Tantawi, Bekas Mufti Republik Arab Mesir dan Dr. Ahmad Umar Hasyim iaitu salah seorang pakar di dalam bidang Ilmu Hadis di Universiti al-Azhar.
Pendekatan yang ilmu yang dikemukakan oleh ketiga-tiga tokoh ilmuan ini, mengikut kepakaran masing-masing dan di dalam skop yang berbeza, boleh membuka minda ke arah menghayati kandungan al-Qur'an dan Lailatul-Qadr dengan cara yang lebih matang. Tambahan pula, telah menjadi kelaziman bagi umat Islam di seluruh dunia amnya dan di Malaysia secara khusus, meraikan bulan Ramadhan sebagai salah satu sambutan yang gemilang sebagai memperingati kelebihan al-Qur'an dan Lailatul-Qadr. Oleh itu pembacaan dan pengetahuan tentang kandungan al-Qur'an dan Lailatul-Qadr secara lebih dekat, sebagaimana dipersembahkan di dalam buku ini, menjadikan sambutan ini lebih bermakna.

KONSEP ASAS AL-QURAN


Pengarang :
Harun Yahya

Penerbit :
Jahabersa

Tahun Terbitan :
2005

Mukasurat :
292, Paperback

Harga : RM 25.90

Sinopsis :

Ketika membaca Al-Qur'an, kita sering menemui pelbagai konsep yang menjadi lumrah kehidupan harian. Konsep ini adalah kunci untuk memahami AL-Qur'an. Antara konsep-konsep tersebut ialah kebijaksanaan, sabar, setia ,ingkar dan rahmat Allah. Malangnya, sebahagian besar konsep yang disebutkan di atas digunakan dengan erti yang jauh berbeza dalam kehidupan harian manusia. Mereka yang benar-benar memahami konsep ini pasti akan segera menyedari betapa menyimpangnya konsep yang menjadi amalan sekarang. Inilah sebabnya mengapa pemahaman yang tepat berkenaan kandungan Al-Qur'an dan pengertian konsepnya yang benar amat penting. Di dalam buku yang ringkas ini, beberapa konsep yang sering ditemui di dalam Al-Qur'an akan dijelaskan di bawah sinaran ayat-ayat ini yang berkaitan. Kami juga berusaha untuk menerangkan makna yang tersirat serta membandingkannya dengan maksudnya yang umum dan khusus.

KEHIDUPAN NABI MUHAMMAD S.A.W.


Pengarang :
Tahia Al-Ismail

Penerbit :
Jahabersa

Tahun Terbitan :
2004

Mukasurat :
520, Hardcover

Harga : RM 45.00

Sinopsis :

Kehidupan Muhammad SAW adalah kehidupan yang penuh dengan jihad dan pengorbanan. Kehidupan untuk memimpin manusia ke arah kebenaran. Memadailah disebutkan di sini bahawa ia telah mengubah bangsa Arab dari manusia yang tinggal di tengah adat budaya yang buruk dan kepercayaan karut, di samping tidak senonoh dan kerosakan besar, menjadi manusia yang beribadah kepada Allah dengan pengertian yang jelas dan ketinggian moral. Mereka telah diubah dari satu bangsa yang pernah menanam anak-anak perempuan mereka hidup-hidup, mengorbankan anak-anak lelaki kepada tuhan-tuhan berhala, dan menyiksa hamba-hamba mereka sehingga mati menjadi suatu bangsa yang menatang anak-anak perempuan mereka seperti permata berharga, menghancurkan berhala-berhala, memerdekakan para hamba. Dari perbuatan gemar menghabiskan malam di pesta-pesta dan minuman keras mereka menjadi bangsa yang menghabiskan malam di dalam solat atau memberi keperluan kepada fakir miskin. Dari manusia yang kebanggaan dan kegembiraannya adalah anak-anak dan kekayaan, mereka menjadi manusia yang kesenangan utamanya ialah berusaha mencari keredhaan Allah.

AL-QUR'AN & AS SUNNAH SEBAGAI PEDOMAN HIDUP


Pengarang :
Ibnu Khalil

Penerbit :
Jahabersa

Tahun Terbitan :
1998

Mukasurat :
470, Hardcover

Harga : RM 44.00

Sinopsis :
Sesungguhnya Allah SWT mencipta manusia di atas muka bumi ini dengan diperlengkapkan dengan segala macam keperluan adalah bertujuan agar manusia menyembah dan mengabdikan diri kepada-Nya. Ini bermakna bahawa manusia berkewajipan untuk mentaati Allah SWT dan mengikuti sunnah Nabi-Nya dalam apa jua bidang kehidupan mereka. Dari yang sekecil-kecilnya hinggalah yang sebesar-besarnya. Buku ini mengajak para pembaca untuk meninjau dan mengkaji deretan ayat-ayat al-Qur’an dan hadith-hadith Rasulullah SAW yang menerangkan kepada manusia secara jelas betapa wajarnya manusia mengikut pimpinan dari Allah dan Rasulullah SAW.

ABU BAKAR AS-SIDDIQ PEMUSNAH KAUM MURTAD


Pengarang :
Tarikuddin Bin Haji Hassan

Penerbit :
Jahabersa

Tahun Terbitan :
2006

Mukasurat :
255, Hardcover

Harga : RM 32.00

70 TIPS MENCAPAI KEBAHAGIAAN


Pengarang :
H.M. Yusuf Sinaga

Penerbit :
Jahabersa

Tahun Terbitan :
2006

Mukasurat :
205, Paperback

Harga : RM 14.90

444 PERINGATAN UNTUK UMAT ISLAM


Pengarang :
Haji Ismail Abdullah

Penerbit :
Jahabersa

Tahun Terbitan :
2000

Mukasurat :
322, Paperback

Harga : RM 17.90

Sinopsis :
Manusia itu sifatnya lalai dan sering alpa. Justeru itu, manusia harus sentiasa diperingatkan. Ingatlah diri anda selalu dengan membaca buku "444 Peringatan Untuk Umat Muhammmad S.A.W. " ini kerana ia mengandungi pelbagai hadith dan riwayat yang dapat mengingatkan anda tentang hakikat kehidupan di dunia yang sementara ini dan kehidupan akhirat yang kekal abadi. Anda mungkin tergolong di kalangan mereka yang tidak ada masa untuk menghadiri kuliah-kuliah agama yang memakan masa berjam-jam lamanya. Namun, ia bukan alasan untuk anda tidak memperingatkan diri anda. Justeru itu, sewajarnya anda memiliki buku ini dan bacalah peringatan-peringatan yang terkandung di dalamnya, walaupun sekadar satu hadith sehari. Kebanyakan peringatan di dalam buku ini yang merupakan kata-kata penuh berkat yang keluar dari mulut Rasulullah S.A.W. sendiri pasti akan meninggalkan kesan pada hati anda, Insya-Allah.

40 PERUMPAMAAN DALAM AL-QUR'AN


Pengarang :
Dr. Mod Shah bin Mariman

Penerbit :
Jahabersa

Tahun Terbitan :
2006

Mukasurat :
62, Paperback

Harga : RM 4.90

29 MUTIARA NASIHAT DARI PARA ULAMA SALAF


Pengarang :
Abu Abdillah Jamal Bin Farihan Al-Harithi

Penerbit :
Jahabersa

Tahun Terbitan :
2006

Mukasurat :
125, Paperback

Harga : RM 8.00

29 KISAH WANITA TELADAN


Pengarang :
Abdul Muthalib Hamad Uthman

Penerbit :
Jahabersa

Tahun Terbitan :
2006

Mukasurat :
94, Paperback

Harga : RM 6.90

15 ASAS JATI DIRI MUSLIM CEMERLANG


Pengarang :
Dr. Azwira Abdul Aziz

Penerbit :
Jahabersa

Tahun Terbitan :
2006

Mukasurat :
188, Paperback

Harga : RM 10.00

Sinopsis :
Umat Islam masa kini memiliki pelbagai cabaran dan cabaran-cabaran ini kelihatan seolah-olah berjaya mengalahkan kebanyakan kita. Justeru apakah cara untuk kita mengatasi cabaran-cabaran ini? Kebanyakan orang memilih cara sama ada dengan menghapuskan cabaran tersebut atau melarikan diri daripadanya. Ini bukanlah cara yang betul, sekali gus tidak akan membuahkan kejayaan. Cara yang sebenar ialah mengukuhkan jati diri kita sebagai seorang muslim. Dengan jati diri yang kukuh, kita akan berjaya menghadapi apa jua cabaran dan sekali gus akan muncul sebagai muslim yang cemerlang di sebalik cabaran tersebut. Buku ini menggariskan 15 asas yang diperlukan oleh setiap muslim bagi membina jati diri mereka. Ini adalah sebuah buku yang mesti anda miliki, kaji dan praktikkan. Kami yakin ia akan menjadikan anda seorang muslim yang cemerlang dalam menghadapi pelbagai cabaran masa kini.

13 KISAH HAIWAN DALAM AL-QURAN


Pengarang :
Syeikh Muhammad Mutawalli As-Sya'rowi

Penerbit :
Jahabersa

Tahun Terbitan :
2006

Mukasurat :
135, Paperback

Harga : RM 9.90


Sinopsis :

Cerita yang ada dalam Al-Qur'an sangatlah menarik hati. Mengapa cerita-cerita tersebut boleh memberi kesan di hati dan sangat mempengaruhi kejiwaan orang yang membacanya. Tidak ada seorangpun yang mengetahui secara pasti apakah Allah SWT yang telah menumbuhkan daya hayal terhadap orang yang mengikuti jalan cerita tersebut dan mengikuti kejadian demi kejadian, ataukah kejadian-kejadian yang ada dalam cerita tersebut yang memang menimbulkan gejolak jiwa sehingga siapa saja pembaca akan berhayal seakan-akan ia mengalami langsung kisah tersebut?

100 KISAH ORANG-ORANG SOLEH


Pengarang :
Abu Malik Muhammad Abdul Wahhab

Penerbit :
Jahabersa

Tahun Terbitan :
2005

Mukasurat :
174, Paperback

Harga : RM 12.90

Sinopsis :
Mereka adalah orang-orang yang mempunyai sifat-sifat ahli syurga, mereka merupakan tokoh-tokoh yang unik dan nyata. Buku ini akan mendedahkan kisah kehidupan 100 orang soleh yang mungkin akan membuat pembaca berasa aneh dan hairan. Kami mengajak anda untuk menghilang perasaan aneh dan hairan tersebut...sebab apa? Sebab semua ini adalah kisah-kisah yang ternyata benar.

Thursday, February 24, 2011

FEBRUARY SALE!!!

Assalamualaikum...

Kini kami kembali dengan pilihan buku-buku agama yang padat dengan informasi keluaran syarikat terkenal. Untuk memudahkan para pelanggan, tajuk-tajuk buku telah disusun mengikut kategori. Sebagai pengenalan, pihak kami menawarkan 20% DISKAUN untuk semua pembelian buku (tidak termasuk kos penghantaran). Pasti ada yang berkenan di hati anda...Insya Allah.