Monday, February 28, 2011

AL-MAR'ATUS SHALIHAH (WANITA SALEHAH)


Pengarang :
Muhd Qosim At-Timory

Penerbit :
Jahabersa

Tahun Terbitan :
2005


Mukasurat :
195, Paperback

Harga : RM 13.90

Sinopsis :
Risalah nasihat secara ringkas ini dipersembahkan kepada wanita-wanita Islam. Ia merupakan hadiah yang sangat bernilai bagi wanita supaya dapat membina satu kehidupan yang penuh berkat dan bahagia, sekiranya nasihat-nasihat yang berasal daripada al- Qur'an dan sunnah diamalkan sepenuhnya.

ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT


Pengarang :
Ustaz Abdullah Mustaqim

Penerbit :
Jahabersa

Tahun Terbitan :
2003

Mukasurat :
130, Paperback

Harga : RM 5.50

ALAM PARA MALAIKAT


Pengarang :
Badr Azimabadi

Penerbit :
Jahabersa

Tahun Terbitan :
2006

Mukasurat :
317, Paperback

Harga : RM 8.90

AJARILAH ANAK ANDA MENGENAL ALLAH & RASULNYA


Pengarang :
H Lukman Haqim

Penerbit :

Jahabersa

Tahun Terbitan :
2001

Mukasurat :
99, Paperback

Harga : RM 6.90

Sinopsis :
Pendidikan agama kepada kanak-kanak adalah satu perkara yang sangat penting dan tidak boleh dianggap ringan! Buku ini disusun untuk membantu ibu bapa dalam usaha mendidik serta menyemaikan ciri-ciri keimanan yang benar kepada anak-anak. Segala isi kandungan disusun dengan gaya bahasa yang mudah difahami serta teknik yang menarik dengan harapan menambahkan pengajaran yang berkesan ke dalam jiwa anak-anak.

ADAB-ADAB PENUNTUT ILMU


Pengarang :
Abu Abdullah Muhammad Bin Sa'id

Penerbit :

Jahabersa

Tahun Terbitan :
2003

Mukasurat :
144, Paperback

Harga : RM 8.90

Sinopsis :
Ilmu termasuk ibadah dan sesuatu yang boleh mendekatkan diri kepada Allah sw.t. Di dalam mencarinya apabila niatnya ikhlas, maka akan diterima dan mendapat berkat. Namun apabila niatnya ditujukan kepada selain Allah swt maka akan menghapus, melenyapkan dan mengurangkan kandungan nilainya.Bahkan tujuan-tujuan yang menyimpang tersebut akan menjadikan amal itu sia-sia.Ertinya tujuan tersebut melenyapkan dan menghilangkan nilai usahanya. Tidaklah sewajarnya belajar kerana mencari perkara-perkara yang bersifat duniawi seperti kepemimpinan, jawatan tinggi, harta, kemenangan dalam persaingan, penghormatan manusia kepadanya serta popularity dan sebagainya. Seorang penuntut hendaklah menggantikan perkara-perkara yang rendah tersebut dengan perkara-perkara yang lebih baik.

ADAB-ADAB DALAM ISLAM


Pengarang :
Rohawi Musannif

Penerbit :

Jahabersa

Tahun Terbitan :
2001

Mukasurat :
60, Paperback

Harga : RM 5.00

Sinopsis :
Nafsu manusia seringkali memberontak dan mahu menang di dalam setiap perjuangan hidup. Peradaban yang dianjurkan oleh Islam mengajar manusia supaya bersabar, berlemah lembut, insaf diri dan bertaqwa kepada Allah. Demikian juga manusia diseru supaya mengikuti perjalanan para rasul, nabi, tabiin dan salafussoleh yang memiliki disiplin diri yang terbaik. Tanpa adab-adab dan peraturan di dalam hidup, manusia mudah lalai dari mengingati Allah SWT. Mereka akan hanyut dibawa arus kejahilan dan kemaksiatan .

TINTA PENGASUH


Pengarang :
Afifah Hj. Omar

Penerbit :

Jahabersa

Tahun Terbitan :
2003

Mukasurat :
211, Paperback

Harga : RM 12.90

Sinopsis :
Wanita mempunyai tugas yang mulia dan penting diamanahkan kepadanya oleh Allah swt, iaitu melahirkan anak dan menjadi ibu. Seorang lelaki tidak dapat mengambilalih tugas paling mulia itu. Ibulah yang menyusukan anak dengan air susunya, menjaganya, membesarkan anak itu sehingga tetap akan meninggalkan kesan yang mendalam ke atas jiwa anak itu sepanjang hayatnya. Wanita juga merupakan permaisuri rumahtangga dan sudah menjadi tugasnya untuk memberi perhatian kepada keluarganya dan menyediakan rumahnya itu sebagai tempat kebahagiaan dan ketenangan. Ciri-ciri, tugas dan hak-hak yang telah diperuntukkan Allah kepada wanita ini adalah seimbang dengan tugas-tugas mereka terhadap suami dan anak-anak. Tugas ini mestilah diberi keutamaan mengatasi lain-lain tanggungjawab kerana ianya perlu bagi kestabilan keluarga yang merupakan asas masyarakat dan punca ke arah kesatuan, kekuatan dan keberkesanan.

(THE CHOICE) DIALOG ISLAM & KRISTIAN JILID 2


Pengarang :
Ahmad Deedat

Penerbit :

Jahabersa

Tahun Terbitan :
2002

Mukasurat :
292, Paperback

Harga : RM 17.90

Sinopsis :
Ustaz Ahmed Deedat adalah seorang ahli pidato yang terkemuka yang telah dikurniakan "Anugerah Antarabanga Raja Faisal Atas Sumbangan Kepada Islam" pada tahun 1985. Buku "Dialog Islam & Kristian" telah ditulis hasil dari dialog di antara beliau dengan beberapa orang paderi dan golongan awam Kristian. Ia adalah sebuah buku yang harus dimiliki oleh setiap individu yang sedang mencari kebenaran dan juga mereka yang sedang mempelajari perbandingan agama.

(THE CHOICE) DIALOG ISLAM & KRISTIAN


Pengarang :
Ahmad Deedat

Penerbit :

Jahabersa

Tahun Terbitan :
2002

Mukasurat :
256, Paperback

Harga : RM 15.90

Sinopsis :
Ustaz Ahmed Deedat adalah seorang ahli pidato yang terkemuka yang telah dikurniakan "Anugerah Antarabanga Raja Faisal Atas Sumbangan Kepada Islam" pada tahun 1985. Buku "Dialog Islam & Kristian" telah ditulis hasil dari dialog di antara beliau dengan beberapa orang paderi dan golongan awam Kristian. Ia adalah sebuah buku yang harus dimiliki oleh setiap individu yang sedang mencari kebenaran dan juga mereka yang sedang mempelajari perbandingan agama.

TAFSIR JUZ AMMA FADILAT & AMALANNYA


Pengarang :
Hasan Muhd Hj Al-Khair

Penerbit :

Jahabersa

Tahun Terbitan :
2005

Mukasurat :
285, Hardcover

Harga : RM 40.00